TERJEMAH-TRANSLATE

Melayu-English-Melayu

DATA Diperlukan untuk Menangani Masalah Pembaziran Makanan

Posted by Naim Jalil di 24 Jun 2013

Tulisan asal di Malaysia, Transform!

Imej

Teks turut diterbitkan di The Star

Berita muka depan The Star berkenaan pembaziran makanan menimbulkan pelbagai perasaan; geram dan tidak puas hati. Makanan yang terbuang bukannya sedikit, malah mampu mengenyangkan seluruh rakyat di negara seperti Tajikistan atau Papua New Guinea, juga negara sepaerti Hong Kong atau Bulgaria. Sayang sekali, kita tidak mempunyai arah tuju yang jelas untuk mula bertindak.

Saya mencari-cari maklumat lanjut tentang dari mana datangnya 15,000 tan sisa makanan ini tetapi tidak berhasil. Siapa yang membuat kajian ini? Apa andaian yang digunakan dalam membuat anggaran? Apakah ini hanya sekadar telahan rambang? Mungkinkah maklumat tersebut dianggap sulit dan tidak boleh dikongsi bersama pembaca? Oh, itu sudah melebih-lebih!

Dalam usaha mencapai taraf sebuah negara maju, Malaysia perlu mula lebih teliti dalam penggunaan data. Mengapa kita perlu data yang sahih? Data menrcerminkan diri kita. Data yang tepat akan memberikan kita imej yang betul.

Sebaliknya, data palsu hanya akan memberikan imej yang mengelirukan.

Sekarang, kita ada lebihan 15,000 tan makanan yang tidak mampu kita habiskan, bagaimana kita mahu menangani masalah ini? Meminta semua orang untuk makan sehingga licin melalui kempen peringkat nasional tentu bakal menelan belanja besar dan mungkin hasilnya umpama mencurah air ke daun keladi.

Jika kita berjaya mengurangkan 20% apa yang akan menjadi kesan kepada jumlah hasil?

Kita mungkin mahu mengkaji rantaian proses pembekalan makanan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas. Kita mungkin mahu tahu di mana kebocoran itu berlaku dan mengenal pasti  penyumbang utama 80% kepada pembaziran ini.

Hukum Pareto memberitahu, 80% itu biasanya hadir daripada hanya 20% sumber, membolehkan kita menumpukan sasaran. Oleh yang demikian, pengurangan 20% pembuangan makanan dari setiap sumber ini akan mengurangkan pembaziran 2,400 tan makanan setiap hari.

Memandangkan pembaziran makanan dalam skala sebesar ini merupakan isu nasional, maka wajarlah sekiranya inisiatif sebegini dipimpin dan diterajui oleh agensi kerajaan pusat.

Kita pasti tidak mahu hilang air muka setiap kali Hari Alam Sekitar Sedunia muncul, dan keesokan harinya langsung terlupa. Rekod terakhir pembaziran makanan di Malaysia diterbitkan pada tahun 2011 dan yang sebelumnya adalah pada tahun 2009.

Satu tahun tertinggal, dan setiap kali angka baru dikeluarkan, nilainya menjadi dua kali ganda.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel mungkin mahu menyahut cabaran ini.

Mungkin anda akan terfikir, agak keterlaluan untuk meminta campur tangan Dato’ Menteri semata-mata mahu berjimat sebanyak 2,400 tan makanan. Jumlahnya tidak sebanyak mana. Nanti dahulu, angka itu adalah angka harian. Dalam setahun, jumlah penjimatan makanan boleh mencapai sebanyak 876,000 tan!

Mungkin ada yang akan berkata, apa hendak dihairankan sekiranya kita membuang 15,000 tan makanan setiap hari? Sekarang, mari kita tukar skala penimbang menjadi ringgit dan sen.

Oleh kerana kita tidak dilimpahi dengan data, mari kita anggarkan RM3 untuk setiap kilogram makanan itu. Aggapan kita, kebanyakan makanan terbuang adalah dari jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang lebih murah berbanding daging atau ikan. Ini akan menukar 2,400 tan sisa makanan menjadi RM7.2 juta.

Dan dalam setahun, amboi! Kita boleh berjimat RM2.6 bilion makanan.

NAIM JALIL
Petaling Jaya

More data needed to tackle food wastage

YOUR front page story on food wastage gave me mixed feelings of uneasiness and discontent. While it is terrible to throw away a large amount of food that can feed a whole nation like Tajikistan or Papua New Guinea, or even Hong Kong or Bulgaria, we are left with little direction to move forward.

I rummaged through the pages to find where this 15,000 tonnes of food came from but to no avail. Who made the study? What were the assumptions for estimation? Is this just perhaps another exaggerated figure? Maybe the data was considered confidential and was not meant to be shared with readers? That would be far-fetched.

As we are heading towards a developed nation, being data driven is only logical. Why would we need authentic data? Data is like a mirror. Correct data will give us the correct image.

Likewise, distorted data would only reflect a distorted image.

Now that we have an excess of 15,000 tonnes of food that we do not have the capacity to consume, how do we go about it? Telling everybody to clean their plates and leave no leftover through a national campaign could be costly and may end up falling on deaf ears.

If we manage to improve 20% what would be the impact to the total outcome?

Looking at the food supply chain may give us a better view. We may want to know where the leakage is and find out the 80% contributors to this wastage.

As a rule of Pareto, this 80% normally comes from a mere 20% of the mass, ensuring us a focused target group. Hence, improving 20% from each of these areas will save us 2,400 tonnes of food daily.

Since food wastage is a national issue, it will be proper if the improvement initiative is to be led and driven by a national body.

We surely would not want to be slapped in the face once a year during World Environment Day, and then totally forget about it the next day. The last record of daily food wastage in Malaysia was published in 2011 and the previous one was in 2009.

There seemed to be one year missing in between, and every time a new figure was released, it almost doubled the previous ones.

The Natural Resources and Environment Minister Datuk Seri G Palanivel may want to take up this challenge.

You surely do not think that a saving of 2,400 tonnes of food wastage deserves a minister’s attention, do you? Well, it does not sound that much. But wait, that figure is on a daily basis. In a year, the savings would amount up to 876,000 tonnes!

So what if we are dumping 15,000 tonnes of food daily, some cynics may say. Now, let us change our measuring scale into ringgit and sen.

Since we do not have the luxury of data, let us put an estimate of RM3 per kilogram of food. Well, that is taking into account that most of the wastage is of vegetables and fruits at a cheaper side rather than of meat and fish. That will turn our 2,400 tonnes of food waste into RM7.2 mil.

And in a year, voila! We may save RM2.6 bil worth of food.

Well, if we took into account the cost of waste handling and other peripherals, we might come out with bigger savings!

I wonder if we would ever start tackling our food wastage.

But if we did, along the way of reducing our foodprints, we may also want to compare ourselves with other countries, learn about their initiatives, look at how they manage their food supply chain.

The point is, we need to benchmark our performance and see how effective we are.

And along the way, we may also want to collect data and see how our reflection stares back at us.

NAIM JALIL

Petaling Jaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: