TERJEMAH-TRANSLATE

Melayu-English-Melayu

Ubah! Ubah apa?

Posted by Naim Jalil di 3 Mei 2013

Change! What change?.

Pepatah Melayu ada mengatakan, “Sekali air bah, sekali pantai berubah.” Maksudnya terus dan jelas. Perubahan berlaku di mana-mana, pada bila-bila masa dengan skala yang berbeza-beza daripada secara perubahan kecil-kecilan sehingga kepada perubahan besar-besaran. Ia mungkin perubahan yang perlahan yang berlaku secara berperingkat-peringkat atau ia mungkin perubahan pantas yang berlaku secara drastik.

Perubahan boleh bermula dari dalaman, atau akibat gesaan pihak luar, atau dari tekanan pihak atasan. Dan, sempena PRU13 yang semakin hampir ini, arah tuju ubah Malaysia terletak di tangan kita. Sebagai rakyat, kita berhak membawa Malaysia ke arah yang kita mahukan, paling tidak sehingga kita selesai memangkah. Sebaik sahaja keputusan undi diketahui, maka suara kita sudah tidak begitu relevan lagi. Tanggungjawab sepenuhnya terletak di bahu kerajaan baru untuk membawa Malaysia ke tahap baru. Tidak kira parti mana yang bakal memerintah, perubahan pasti berlaku! Sebagai rakyat, kita mahu Malaysia berjaya mencapai status negara maju menjelang tahun 2018, sasaran yang diletakkan oleh kerajaan sebelum ini.

Rencana ini merupakan pengenalan kepada satu siri rencana berkenaan perubahan, dengan tumpuan kepada organisasi dan kerajaan. Perubahan, tanpa perancangan rapi dan pengurusan mantap bakal mengundang kepada pembaziran. Rugi wang, rugi masa, rugi sumber, rugi tenaga… parti yang memenangi pilihan raya tentunya tidak mahu ini terjadi, sekiranya mereka mahu kekal berkuasa selepas tempoh lima tahun ini tamat.

Nantikan – memilih inisiatif ubah, untuk impak maksima!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: