TERJEMAH-TRANSLATE

Melayu-English-Melayu

Bahasa Inggeris untuk Sains & Matematik?

Posted by Naim Jalil di 15 Januari 2009

Ini catatan saya, dilontarkan ke SIM (Sahabat Interaktif Malysia) di bawah kesinambungan emel Surat Terbuka untuk Perdana Menteri

Salam,

Saya masih terlalu baru di sini. Maaf jika ada yang tersinggung.

Saya rasa, ramai yang terkeliru dengan isu ini. Ramai menganggap, bantahan ‘BELAJAR dalam bahasa Inggeris’ seakan sama dengan bantahan ‘mahir bertutur dalam bahasa asing’.

Tidak dinafikan, mahir dalam pelbagai bahasa memberi suatu kelebihan. Bahkan, menjadi satu kemestian untuk kita hari ini memahirkan diri dalam dua atau tiga bahasa. Tetapi, apakah itu suatu keizinan untuk kita membelakangkan kemahiran dalam bahasa sendiri? Hang Tuah sangat mahir dalam banyak bahasa, termasuk bahasa istana Grik. Apakah kita kira Hang Tuah membelakangkan bahasa Melayu? (Saya rasa, Hang Tuah bukan orang Cina. Kalau ya, pasti dia tidak mampu memperdaya Maharaja Cina dengan makan kangkung).

Tuhan jadikan bahasa khusus untuk sesuatu bangsa, sesuai dengan budaya dan persekitaran bangsa tersebut. Ini bukan teori baru. Belajarlah mana-mana bahasa. Pasti kita juga akan diajarkan dengan budaya dan cara hidup bangsa tersebut. Jika tidak, kita tidak akan jadi mahir. Hatta, hendak mahir loghat pun kita kena bercampur dengan kumpulan terbabit. Tak jadi kalau belajar Melayu Sarawak dari kaset saja.

Ini kerana, bahasa sangat berkait rapat dengan cara berfikir. Cara berfikir diperhalus dengan pemahaman konsep. Pemahaman konsep dipermudah dengan perbendaharaan kata. Di sini kita tersilap.

Bahasa Melayu kurang perbendaharaan kata untuk sains dan matematik. Pemikiran sains dan matematik di kalangan orang Melayu jadi agak perlahan. Apakah dengan berpindah ke bahasa inggeris dapat menyelesaikan masalah ini? Ya, kerana ada perubahan paradigma melalui pemahaman konsep yang lebih luas. Apakah akan ada masalah lain? Ya, cara berfikir berubah, jati diri berubah. Di situlah hilangnya Melayu.

Bahasa tidak boleh dipisahkan dengan jati diri.

Kerajaan Singapura hari ini mewajibkan pelajar mengambil mata pelajaran ‘Bahasa Ibunda’. Ini dibuat setelah kajian menunjukkan 80% remaja Singapura kesal dilahirkan sebagai bangsa Asia tulen, bukan Eropah, Bukan Eurasia.

Apa alternatif lain? Mantapkan Bahasa Melayu. Pergiat usaha pengkayaan bahasa. Bajet yang diguna untuk ‘memindah’ bahasa pengantara sepatutnya digunakan untuk membina istilah sains dan matematik yang dapat memanfaat lebih ramai umat Malaysia.

Apa alternatif lain? Ubah budaya komersial kita yang mengagungkan bahasa inggeris. Kali pertama saya berkerja, saya keliru dengan boss-boss saya yang mahu saya menyediakan laporan dalam bahasa inggeris, tetapi mereka tidak begitu faseh bahasa inggeris. Point-pont penting yang saya ketengahkan, langsung tidak diendah, kerana mereka tidak faham penuh.

Di bahagian operasi lagi kelam kabut. SOP dalam bahasa inggeris yang kurang dimengerti oleh para operator.

Apa alternatif lain? Ajarkan sains dan matematik dalam bahasa melayu, penuh, termasuk di sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Maaf kata, kaum lain (terutama Cina) tidak mahir Bahasa Melayu. Sebab itu mereka guna bahasa inggeris walaupun mereka juga lebih kurang kita, tidak faseh. Bila mereka sudah mahir bahasa Melayu, mudahlah sektor komersil kita beralih ke bahasa kebangsaan.

Sebab itu kita kalah dengan Jepun, Korea, Taiwan, China dan Thailand. Tidak lama lagi akan kalah dengan Vietnam pula. Di sana, perusahaan mereka dijalankan dalam bahasa ibunda. Pakar-pakar mereka dihantar keluar untuk menterjemah ilmu ke dalam bahasa sendiri.

Kita? Ajar ilmu dalam bahasa inggeris yang masih tidak dikuasai oleh penyampai dan pendengar. Ilmu tercicir di awang-awang.

Apakah kita mahu kesilapan kita hari ini ditanggung oleh generasi akan datang?

Sudahlah bapa kita tersilap dulu. Mereka hantar semua pelajar cemerlang belajar sains. Apa yang tinggal untuk sastera, untuk bahasa, untuk politik, untuk pentadbir? Berlaku lompong-lomping besar yang ketandusan pakar. Mana pengganti Adibah? Mana pengganti Ainon? Mana pengganti Abdullah Hassan? (sekadar beberapa nama). Pengganti mereka masih bertatih. Ada lompong besar yang terjadi kerana kesilapan polisi dan dasar pendidikan.

Maaf kata, penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran sains dan matematik adalah kerana wang, bukan kerana mahu anak-anak kita mahir bahasa inggeris mahupun sains dan matematik. Jika tuan-tuan dan puan-puan tidak nampak itu, semak kembali cara berfikir. Has political bias created a blind spot on your sight? That, only you, and you alone have to decide…

Cheers… (this is a kind of losing one’s root)

waLlahu’alam.

Satu Respons to “Bahasa Inggeris untuk Sains & Matematik?”

  1. jue74 said

    Saya amat setuju sekali dengan hujah2 yang di cerita kan di atas. Untuk mahir bahasa Inggeris..kita perlu berubah,,belajar.. Bacalah..dapatkan ebook Teknik Mahir bahasa inggeris sekarang..demi masa depan Anda dan generasi kita Rakyat Malaysia!!! Malaysia Boleh!
    layari.. mahirbahasainggeris.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: