TERJEMAH-TRANSLATE

Melayu-English-Melayu

Kesihatan Anda di Tangan Anda: Cucilah Tangan

Posted by Naim Jalil di 29 Oktober 2008

Terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu – diubahsuai mengikut kesesuain penerbitan di ratuhati.com

Cucilah tangan dengan sabun

Cucilah tangan dengan sabun

28 Oktober, 2008
Cucilah Tangan Anda dengan Betul untuk Elakkan Jangkitan
Tahukah anda, membasuh tangan merupakan cara paling berkesan dan mudah untuk menghalang cirit-birit dan pneumonia, dua penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 3.5 juta kanak-kanak di seluruh dunia.

Buat julung kalinya, 15 Oktober, 2008 diisytiharkan sebagai Hari Cuci Tangan Sedunia! Yaa, kempen ini dijalankan oleh PBB.

Membasuh tangan dengan betul turut membasmi jangkitan selsema, demam, sakit perut, hepatitis, SARS dan penyakit-penyakit bawaan makanan yang lain.

Basuh Tangan dengan BETUL:

  • Basahkan tangan dengan air yang mengalir.
  • Gunakan sabun. Gosok sehingga elok berbuih.
  • Terus gosok selama 15 ke 20 saat pada keseluruhan bahagian tangan – tapak tangan, belakang tangan, jari, sehingga bahagian bawah kuku juga.
  • Bilas dengan air mengalir.
  • Tutup pili dengan tuala (bukan dengan tangan anda yang sudah bersih).
  • Keringkan tangan dengan tuala bersih, atau tisu, atau penghembus angin elektrik. (Tukar dengan kerap tuala lap tangan di rumah anda, terutamanya bila ada yang sakit.)
Kaedah mencuci tangan dengan betul

Kaedah mencuci tangan dengan betul

Tidak perlu sabun anti-bakteria! Penggunaan anti-bakteria yang berpanjangan akan menjadikan bakteria immun dan sukar dibunuh. Cukup sekadar menggosok dan membasuh untuk menyahkan bakteria dari tangan anda. Jimatkan wang. Guna saja sabun biasa.

Jika tidak ada air dan sabun, gunakan pembersih tangan berasaskan alkohol – paling kurang, 60% alkohol. Alkohol dapat membunuh bakteria and virus dengan berkesan.

Cuci tangan dengan kerap. Makin kerap, makin kuranglah kuman yang anda sebarkan melalui sentuhan.

Sumber: healthstatus.com

October 28, 2008
Your Health is in your Hands: Hand-Washing
October 15, 2008 was the first ever Global Hand-Washing Day! Yes, the United Nations has gotten into the promotion of hand-washing. Hand-washing is one of the most effective ways to prevent diarrheal diseases and pneumonia, which are responsible for the deaths of over 3.5 million children worldwide.

The Centers of Disease Control (CDC) says hand washing is the single most important thing we can do to keep from getting sick and spreading illness.

Proper hand-washing can help eliminate the spread of: the common cold, the flu, stomach upset, diarrhea, hepatitis A, SARS, food borne and pneumonia.

Best Hand-Washing Practices:

  • Wet hands with warm running water and apply soap.
  • Lather well.
  • Rub hands for 15 to 20 seconds, scrubbing all hand surfaces, front, back even under the fingernails.
  • Rinse in running water.
  • Dry hands on a clean towel, or use a disposable towel or use an air dryer. (At home frequently change the hand towels in your bathroom, especially if someone is sick.)
  • Turn off the water with a towel (not your clean hands).

Antibacterial soap is not necessary! Overuse of antibacterial soaps can lead to the development of bacteria that is harder to kill. It is the friction when scrubbing your hands with soap and rinsing that removes bacteria from your hands. So save yourself some money and just buy regular soap.

If you can’t get to soap and water the next best thing is an alcohol-based hand sanitizer. Make sure you pick an alcohol-based sanitizer. The CDC recommends sanitizers with at least 60% alcohol. These products are effective in killing bacteria and viruses.

Wash your hands frequently. The more often you wash the better for stopping your germs from spreading and for removing the germs of those around you.

Satu Respons to “Kesihatan Anda di Tangan Anda: Cucilah Tangan”

  1. cicunrell said

    Wow, really cool topic. I’m going to blog about it too!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: