TERJEMAH-TRANSLATE

Melayu-English-Melayu

Kepentingan Menterjemah

Posted by Naim Jalil di 21 April 2008

Hendak tidak hendak, kita sekarang sedang melalui zaman kesejagatan. Pertembungan budaya dan perhubungan antara negara semakin tidak dapat dielakkan, bukan setakat di peringkat kerajaan malah meresap hingga ke seluruh rakyat kebanyakan. Sementelahan pula, Tuhan memang menjadikan kita bersuku-suku dan berbangsa, untuk kita saling kenal-mengenal sesama kita. Maka, wujud ruang untuk pertukaran maklumat, urusniaga dan sebagainya yang berkehendakkan kita saling memahami antara satu sama lain.

Supaya kita saling mengenal, saling memaham, maka di situlah khidmat penterjemah diperlukan. Saya pun sudah lupa-lupa ingat mengapa saya menterjemah. Cumanya, yang sering saya ingat-ingatkan dan jadikan pedoman bila menolong orang menterjemah, saya pastikan perkara berikut:

Kita memindahkan makna dari bahasa asal ke bahasa sasaran. Kita bukan mengalih bahasa. Kerana itu, kandungan makna di dalam teks asal mesti terkandung di dalam teks terjemahan.

Bila disebut makna, makanya banyaklah sudut yang perlu kita semak. Ada makna dari segi bahasa, ada makna dari segi syarak, ada makna dari segi perundangan, ada makna dari segi teknikal, dan berbagai-bagai lagi. Masing-masingnya mungkin serupa dan seringkali pula berbeza. Sebagai penterjemah, ini adalah perkara pokok yang tidak boleh tidak tahu; kenalpasti bidang atau skop teks asal.

Perlu juga kenalpasti bidang teks terjemahan. Ada orang minta terjemah teks perundangan menjadi teks umum. Tapi itu cerita lain…

Satu Respons to “Kepentingan Menterjemah”

  1. asniza said

    http://sebolku.blogspot.com/2008/07/itnm-terjemah-hanya-buku-sastera.html

    ITNM Terjemah Hanya Buku Sastera?
    10:49 | bahasa

    Pagi tadi saya diberitahu bahawa Saya masuk Sinar Harian, cari punya cari jumpa ruangan Dari Blog Ke Blog.

    Bila saya tegur Pakatan, keluar di SInar Harian, tetapi idea membunuh tak keluar pula di Sinar Harian.

    Terjumpa pula berita tentang ITNM ingin menterjemah 100 buku sastera sebelum 2010. Wah banyaknya.

    Tetapi mengapa buku sastera yang diutamakan dahulu?
    Inilah masalah bila penterjemahan dikuasai oleh “orang bahasa” maka perkara berunsurkan bahasa yang sering diutamakan untuk diterjemah

    Hakikatnya Pembaca Bahasa Melayu lebih memerlukan bahan ilmiah dalam bahasa Melayu berbanding bahan sastera.

    Proses Penterjemahan pukal ketika zaman Abbasiyah dulu banyak menterjemah buku-buku greek dimana ianya tidak tertumpu pada sastera.

    Perlukah ITNM duduk di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi supaya lebih banyak buku sains dan Matematik diterjemah kedalan BM?

    Barulah Istilah Sains dan Matematik BM boleh diperkembangkan dengan jayanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: