Teks Umum
Saya suka menterjemah teks umum secara bebas, tidak terikat kepada struktur ayat dan gaya bahasa teks asal. Padanan yang saya gunakan lebih cenderung kepada pembaca sasaran. Contoh berikut diterbitkan di http://ratuhati.com. Mungkin ada yang mengatakan saya ‘under translate’ atau ‘over translate’. Bagi saya yang utama, intipati maksud dapat disampaikan kepada pembaca sasaran tanpa kesalahan fakta. Kekangan masa perlu diambilkira juga.
Teks Asal
Men And Women Are Programmed Differently When It Comes To Temptation
ScienceDaily, July 15, 2008 — Temptation may be everywhere, but it’s how the different sexes react to flirtation that determines the effect it will have on their relationships. In a new study, psychologists determined men tend to look at their partners in a more negative light after meeting a single, attractive woman. On the other hand, women are likelier to work to strengthen their current relationships after meeting an available, attractive man.
Men may not see their flirtations with an attractive woman as threatening to the relationship while women do. Researchers found that women protect their relationship more when an attractive man enters the picture but men look more negatively at their partner after they’ve met an available, attractive woman. Men can learn to resist temptation when trained to think that flirting with an attractive woman could destroy their relationship, said lead author John E. Lydon, PhD, of McGill University in Montreal.
http://www.sciencedaily.com/releases/2008/07/080715114145.htm
Teks Terjemahan
Suami dan Isteri Dicipta Berbeza dalam Menangani Godaan
ScienceDaily,15 July, 2008 — Godaan memang ada di mana-mana, cuma bagaimana cara anda mengawal diri mampu menyelamatkan rumahtangga anda. Kajian terbaru mendapati, golongan suami mudah melihat keburukan isteri bila jumpa perempuan lain. Golongan isteri pula sebaliknya lebih cenderung berusaha untuk mengukuhkan rumahtangga bila lelaki lain muncul.
Lelaki mungkin tidak sedar, perlakuan mereka mengusik gadis jelita sebenarnya mengundang masalah rumahtangga, tetapi sebaliknya bagi perempuan. Lelaki cuma boleh melawan godaan bila tertanam di fikiran mereka bahawa, usik-mengusik dengan perempuan lain memang boleh meruntuhkan rumahtangga mereka, ujar John E. Lydon, PhD, McGill University, Montreal.
http://www.sciencedaily.com/releases/2008/07/080715114145.htm

