TERJEMAH-TRANSLATE

Melayu-English-Melayu

Awas Perangkap Istilah Pinjaman

Posted by Naim Jalil di 29 Januari 2011

Ustaz Nushi Mahfodz (UIA), dalam ceramahnya tentang Tazkiyyatun Nafs di Surau al-Mustakim pada 28 Januari, ’11 ada menyebut tentang masalah yang mungkin timbul kesan meminjam istilah.

Bahasa Melayu memang terkenal banyak meminjam istilah dari bahasa asing. Kalau dahulu, pengaruh Bahasa Arab sangat kuat, sekarang Bahasa Inggeris pula yang kuat berpengaruh.

Memanglah meminjam istilah dapat memperkayakan kosa kata bahasa kita, kata Ustaz Nushi, tetapi apakah pengguna bahasa kita betul-betul dapat menguasai konsep istilah yang kita cedok itu. Dek kerana seronok mengambil istilah, kita lupa menerapkan konsep yang dibawa istilah itu, sehingga akhirnya istilah itu tidak membawa makna yang tepat.

Beliau bertanyakan, apa yang kami faham tentang wudhu’, satu istilah yang sudah mantap, dipinjam terus dari Bahasa Arab. Okay, air sembahyang. Sebelum bersembahyang kita berwudhu’. Untuk sembahyang sahajakah?

Wudhu’ itu untuk kita mengangkat hadas kecil. Apa pula itu hadas? Ini satu lagi istilah yang dipinjam terus dari Bahasa Arab. Wah, banyak sungguh perangkap istilah pinjam, hanya dalam persoalan wudhu’.

Hadas itu kata dasarnya ha-da-tsa, yang membawa makna ‘telah berlaku’. Jadi sebenarnya, apabila kita berwudhu’, kita meninggalkan semua perkara-perkara yang telah berlaku, semata-mata kerana Allah – tidak kiralah, sama ada untuk bersembahyang, mengaji Qur’an, atau apa jua tujuan wudhu’ kita.

Kalau kita berwudhu’ untuk tujuan sembahyang, maka sejak mula niat wudhu’ lagi kita perlu mula programkan diri kita untuk khusyu’ sembahyang. Hah, khusyu’? Apa pula makna istilah pinjaman yang ini pula? Apakah khusyu’ hanya wujud dalam sembahyang?

Kita pun berniat, “Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala…” eh, er, angkat hadas? Kenapa pula hadas hendak diangkat? Perbuatan mengangkat di kalangan orang Melayu melibatkan makna meninggikan, menjunjung, membawa, membesarkan, memartabatkan…

Hadas kecil atau besar itu mahu diangkat-angkat untuk apa? (Tapi kita tahu, bukan yang begitu maksudnya bila kita berwudhu’ atau mandi hadas.) Hesy, salah terjemahkah di sini? Tapi ini cerita lain, tidak disentuh langsung oleh Ustaz Nushi. Jika berkesempatan, mungkin saya akan cuba siasat hal ini.

Kata Ustaz Nushi, khusyu’ itu maknanya fokus. Jadi, khusyu’ dalam sembahyang maknanya, segala tumpuan kita ketika sembahyang hanya kepada Allah. Dalam pekerjaan kita yang lain juga kita perlu khusyu’, barulah hasilnya masyuk

Wallahu’alam.

PS: Tidak sia-sia saya terkejar-kejar untuk menghadiri kuliah ini, terbuka pori-pori otak saya. Jazakallahu khair katsir ya mu’allim.

2 Respons to “Awas Perangkap Istilah Pinjaman”

  1. Habib Ahmad berkata

    Majlis Maulid Tahunan Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya

    Masa
    30hb Januari ยท 7.00 ptg – 10.00 ptg
    Lokasi CFS / Matrik UIAM / Masjid Kolej Islam Malaya
    Bersebelahan Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya
    Majlis Maulid UIA Petaling Jaya

    - Solat Maghrib berjemaah
    - Bacaan Maulid Ad-Dhiyaul Lami’
    - Qasidah
    - Ceramah J
    Jamuan
    - Bersurai

    ~ jemput datang beramai ramai~
    http://www.facebook.com/event.php?eid=119955871411649#!/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

  2. Naim Jalil berkata

    Terima Kasih Tuan Habib Ahmad.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.